aku ingat lepas aku beli computer sebesar alam itu, rajinlah sikit aku update blog. sekali hampeh, aku macam malasnya nak fikir nak tulis apa. nak delete blog ni sayang, nak update malas. hmm, faktor usia ke?
just to sum up what happened to me dari october tahun lepas sampai august bulan ni.
October tahun lepas masa aku tengah existential crisis nak menyiapkan thesis aku, SV aku jatuh sakit. paling perit sekali bila aku da start kerja, aku tinggalkan terus thesis aku, mula-mula aku give up, lantaklah apa nak jadi. 6 December, aku nampak kawan aku upload kat status fb dia
Miss _______ already passed away. Aku text kawan dia, dia confirmkan memang Miss ____ da takde.
Aku tengah nak prepare lunch break masa tu. deras airmata aku. Aku turun bawah jap, ingat nak cool, sekali tak boleh. banjir Kl Sentral tu, aku call lana, takde orang pun yang available nak jawab masa tu. belakang tempat hisap rokok, aku sandar, teresak-esak aku menangis. dada berombak, tekak rasa ada lump. rasa macam masa berhenti sekejap.
Aku naik balik atas, aku makan. ingat da ok, sekali tengah deras lagi air mata aku. tak boleh jadi ni, aku bagi manager aku, submit few things, aku balik. Masa tu kerja shift pagi, pukul 10 tak silap aku masa tu jugaklah aku tak bawak kereta. aku tengah decide sama ada nak shoot terus ke Penang (sebab SV aku meninggal kat situ) ataupun nak balik.
I can breath, I cant decide. but I need to see her at least for the last time.
dalam perjalanan LRT sepanjang 45 minute deras airmata aku. tak tahu nak cakap mana. tak pernah aku nangis kat public. rasanya sebab sesal, sebab tak sebab jumpa, tak sempat nak minta maaf, tak sempat nak cakap terima kasih.
sigh.
Aku call mak, minta tolong kemaskan apa yang patut. just in case kalau aku kena tidur kat penang. Aku tak sure nak call siapa, sebabnya masa tu hari selasa, siapalah yang boleh apply cuti. aku call kak B dia cakap ok. kiteorang terus shoot pergi Penang.
Sepanjang perjalanan tu aku ok, air mata pun keluar sikit sikit. pukul 4 aku gerak, pukul 9.00 malam aku sampai. Sampai je kat kubur, lencun airmata aku. Aku rasa macam.... dalam 2 jam aku kat situ, aku cuba ingat balik suara dia, muka dia, nasihat-nasihat dia, our moments, time aku duduk depan dia dan bagitahu Im losing faith can you help to restore it?
God Exists Rendra, this is the 8 cosmological arguments that He Exists.
2 jam aku kat penang. Dalam perjalanan Kak B da tidur, hampeh. tapi aku faham dia penat kerja.
Sampai rumah dalam pukul 5.30 pagi. aku ingat nak rest sekejap. aku baring, aku teringat muka dia, suarat dia, nasihat-nasihat dia, classes yang aku ambil dari 1st year aku kenal plato, sampai final year aku kenal derrida. yang penting, aku kenal Tuhan melalui suara dia. yang ikhlas bantu pelajar yang sumbing ilmu untuk tahu KeEsaannya.
You see, aku kerja call center. hari-hari orang call aku marah aku, marah negara aku, marah kewujudan aku membazir oxygen, dan sebagainya. lepas shift, aku da ingat apa-apa pun. (meskipun, orang-orang tu lah yang, salah tengok tarikh, salah tengok maklumat, salah segala jenis benda tapi nak salahkan sesuatu/seseorang. sebab ego manusia, dah lah bangang tapi tanak mengaku)
kewujudan aku pun tak beri apa-apa makna. yelah, kita hidup dalam post truth world.
Masa tu, aku rasa separuh souls (jiwa) aku hancur. rasanya, siapa lagi nak dengar aku membebel betapa tidak adilnya dunia ini dan aku tak berminat dengan dunia?
Sebulan hidup aku tak stabil. kalau aku drive sorang-sorang mesti deras air mata aku, kalau dengar lagu sedih, lencun baju aku.
Paling teruk masa lana bagi Brownies campur something.
Satu malam aku nangis teresak-esak. aku da trauma nak makan Brownies.
Bulan Feb, aku pergi Kalām Transdiciplinary Conference. Semua kawan-kawan my late SV kat situ. Banyak scholars datang, mata pedih, rasa kena tenyeh. Thesis aku! mana Thesis aku. aku balik, aku bukak balik computer, this can be done.
masa tu juga aku dapat kerja baru, interview aku lepas. I can complete my thesis.
sampai masa kat pejabat yang menguruskan aku
nama aku da takde sebab da suspended, MIA sebab salah aku tak update.
Yang lagi haru, student file aku hilang.
Aku jumpa former lecturer aku. terjah dia, I dont give him option, I need new SV ,I just need to complete my thesis!
dia cakap ok. dia suruh siapkan mana-mana lompong.
Aku berhenti kerja on the spot.
Aku tulis balik mana yang perlu, walaupun hati aku da hancur, tangan aku da beku, otak aku da tepu semangat tu dah takde. entah macam mana, aku siapkan jugak.
and yes, aku siapkan and ready for submission.
nak sambung, tapi aku nak tulis surat kat sorang CEO ni, nantilah sambung.
Meows,
Rendra.
Ma Andeh, if you're reading this, plssssssss invite me to read your blog.
No comments:
Post a Comment