Sunday, August 1, 2010

jelingan.

Awan hari bergerak mendung. Dan, awan hari itu seolah tidak member izin untuk ayah terus bergerak. Bekerja, dan bekerja. Ayah mcm urat. Berada dimana mana, biarlah kerja hanya memberinya secupak nasi. Asalkan kerja, tak betah tulangnya. Biarkan kulit bekerut, kedut-kedutnya menjadi penanda umurnya yang hampir masa untuk ditamatkan. Tapi, itu kata orang, apa yang orang Nampak. Semangat dan jiwanya, tidak malas. Tidaklah juga suka duduk dalam rumah dalam melayan sakit pinggangnya, pening hingus dan demamnya. Dia bergerak berselusur mencari segala jenis rezeki. Dan, jarang sekali masa senggangnya dihabiskan dengan bergelemparan di kedai kopi, dia bukanlah ayah mithali contoh sepanjang zaman. Dan jasanya tidaklah pernah diungkit seantero dunia. Anak satu, bukannya 18. Kahwin dengan janda, katanya tanggungjawab besar. Orang kata, kalau mula hidup umur 45 dan bini janda muda berhias, hidup tidak bahaga. Tidak bahagia. Semua orang kata. Orang yang minda tertutup rapat. Itu kawan ayah, hanya bertegur sapa bila senang lenang. tapi, ayah tidak pernah lelah. Ayah tahu, manusia bangal begigu bukannya. Mereka buat bela sahaja.

Selingan hidup dalam kekosongan, meletakkan jeda sebentar. Tarik nafas, hembus semula. Fikir sejenak, rambang hidup meninggalkan banyak memori. Dan, memori memori itu meninggalkan kesan panjang, sementara dan mungkin tidak terkesan langsung.Panjangnya hari itu, engggan surut dalam sarat hati yang masih bingung. Ayah enggan pulang hari itu, ummi pula masih mencari cari. Separuh nanar hatinya, separuh gila menunggu. Hari hari demi hari, dermaga itu masih sunyi. Sunyi sepi bertemankan ombak yang masih mencari waktu untuk berhenti seketika. Pasang surut, naik turun, ombak itu masih bertemankan pantai. Dan, semuanya, masih sunyi. Sunyi tanpa teman. Rasanya, kalau umi punya suara hati dapat didengar, entah gerun kota.Ummi sunyi, sunyi selepas ayah pergi. Tidak tahu enggan kembali atau ketentuan hidup. Mungkin pencaturan hidup ayah terhenti disitu. Ataupun, mungkin ayah masih ada disana. Ada, saya yakin. Ada disana. masih ada.

No comments: