Sunday, August 29, 2010

sejarah dan tamadun.

lewat ini, banyak sangat sangat yang bertanya tentang pembelajaran saya. ia, saya sudah berada di universiti meneruskan perjuangan minda saya yang terhad. untuk diisikan dengan segala jenis ilmu baru.
dan lewat ini jua, banyak yang bertanya tentang kesahihan pembelajaran saya.
dan, reaksi yang saya terima selalu membuatkan saya berfikir berulang kali untuk menjadi jujur tentang pelajaran saya.

saya di kulliyah sains kemanusian dan ilmu wahyu.
spesifiknya, tamadun dan sejarah.

ramai yang memandang enteng tentang sejarah.
dimana jijol bekerja? apa yang jijol boleh kerja? kenapa ambil sejarah? tiada pilihan lain ke?

sejarah bukan untuk dikerjakan. bukan semata dengan hafalan serta dijadikan bahan santapan membangunkan sejarah. dan, sejarah juga bukanlah semata mata untuk barang material yang boleh dibanggakan.tetapi, sejarah punya nama serta essencenya. sehingga wujud program ijazah. maka, apa kurangnya sejarah berbanding ilmu lain?

dan lewat ini juga, ramai yang beranggapan sejarah bukan lagi paksi penting untuk pengkhususan sesuatu perspektif baru. contohnya, sejarah hanya jadi bahan bacaan seperti fairy tales yang hanya sesuai untuk kanak kanak yang hendak lelapkan mata pada waktu malam. ramai jua yang beranggapan sejarah hanya sebuah dongeng kayangan (pseudo history) yang direka dan dicatat untuk bahan hiburan semata.

mungkin kerana anda (dan saya) lupa tentang pentingnya sejarah. dan, mungkin anda sejarah merupakan mother or queen kepada dunia ilmu serta ilmuan ini.

sedarlah, bidang pun anda tidak sehebat mana. berhentilah memandang rendah kepada orang lain.

belajar tentang konsep kejiranan, bidang perhotelan serta business yang tak sehebat manapun. hebat ke? hehehe. dan, mungkin terlepas pandang,
segala jenis ilmu, tidak mungkin dapat dicantumkan menjadi sebuah journal tanpa historiography. mungkin anda terlalu dangkal dan bukan orang terpilih untuk memahaminya.

tak malu ke?

No comments: