perjalanan itu masih lagi jauh,
banyak lagi simpang,
jalan itu masih panjang.
kenapa berhenti?
bukan berhenti,
berehat jeda, menarik nafas, menakluk kilauan mata.
kerana itu berhenti?
bukan, kerana simpang itu masih jauh?
kenapa berlari kalau boleh berjalan?
kenapa bertanya sedangkan jalan itu nyata?
ke mana?
tanya dada?
dan jawabnya?
sekurangnya hujungnya pasti, tunggu lagi?
bukan, kerana yang pasti itu masih lagi bukan janji.
bukan janji? bukankah sudah nyata banyak yang pergi?
betul, dan simpang jadikan manusia yang berpantang dan jauh berfikir?
bukan. bukan sama sekali, kerana terlalu berpantang, yang hidup dalam sepi akan terus meracau cari dan mencari,
kenapa?
kerana simpang itu banyak simpangnya?
jadi?
teruskan berjalan.
pandanglah berlakan g tapi banyakkan hadapan.
kerana?
belakang itu sudah pasti sudah diselusuri,
dan depan masih lagi belum diterokai.
apa yang pasti?
tengah jalan punya simpang,
ke jahanam atau ke selamanya senyum dan gembira,
jadi pilih,
yang pasti simpang itu masih lagi terbuka,
dan masih belum terlambat dan sesat,
No comments:
Post a Comment