Wednesday, December 30, 2009

sempit.

Salam,

saya dengan penuh rasa diri akan kembali semula menulis. Diharapkan tulisan yang tidak seberapa ini akan dinikmati meskipun ia hanya tulisan yang penuh karat, picisan, dan munkin ada unusur plagiat. Sebelum itu, teluskan hati anda untuk memahami penulisan saya dan perhatikan setiap susunan kata. Buka minda anda sekiranya perlu, dan sekiranya anda masih lagi mengalami semantic maka bacalah perlahan-lahan.
Kerana hari ini dan semalam dan ke malam malam seterusnya merupakan malam malam yang pilu untuk saya.

Pertama,
Bauan hujan yang masih lagi ada ketika saya sedang menulis. Hujan itu rahmat, rahmat emosi dan saya hanyut dalam emosi. Emosi yang punya enigma ketika saya bernafas. Seakan saya bernafas dalam arus yang sendiri merakan ia terlalu kosong untuk memahaminya. Saya sendiri belum sedar yang masih menggerakkan kerangka saya terus memahami.Saya bukan manusia kompleks yang punya komplikasi ketika bernafas. Malah saya yakin saya merupakan seorang yang pada zahirnya saya merasakan diri saya normal.

Saya menulis ketika malam, dan malam ini terasa panjang sekali.
Dan emosi itulah yang menghayut membuat pertimbangan saya separuh matang. saya sedang berperang dengan emosi saya yang penuh kecelaruan. Terlalu banyak simpang yang masih belum jelas untuk berjalan. Dan jalan itu disempitkan lagi dengan segala jenis rencam yang saya tidak pernah undang. Dan ketika itu bahang dan terasa terlalu pedih. Pedih dan tajam, peritnya erti duka untuk difahami.


Dan malam ini masih panjang.


Sepanjangnya hri yang kosong yang diisikan harapan. Harapan panjang dan kosong. Panjang dan kosong yang terlalu sia-sia untuk diungkap. Sedar atau tidak, saya sendiri sedang berperang dengan sebuah angkatan. Ranab segala usaha saya.Kerana, saya sendiri masih mencari diri saya yang kosong. Sebagaimana saya merasakan diri saya masih lagi kosong, dan seperlahan itulah sayan mencari diri saya.
Dunia itu, sempit untuk saya dambakan segala jenis rasa saya. semuanya kerana saya sendiri yangkebalkan hati saya. panjang lagi hidup, kita hidup bukan untuk merana mengadu domba tidak tentu hala, alangkah sayunya hati ini. Belajarlah erti hidup. Bermaknakanlah hidup ini dengan segala maanfaat.

Selamat malam.


*tgh boring, belakang parang kalau di asah akan lagi tajam tau

No comments: