Thursday, April 21, 2011

aku makin tua am i?

norma norma kehidupan membataskan aku untuk menjadi macam dulu, ia berpuisi indah, bercakap berbelitkan lidah dengan gaya bahasa yang lincah, sorotan apa yang aku sedang baca atau sedap baca. ia, kalau engkau sudah lama kenal aku, kau mesti tahu perangai aku. yet, im not the cheezy type of malay lame poet. yang berbahasa halus, tapi sedikit pun punya erti yang. meaningless.

bahasa aku indah dulu, indah yang aku selalu puji tentang bahasa aku sendiri, masa itu, aku berangan hendak jadi wartawan macam zainudin maidin yang menulis mengikut rentak bahasa. bahasa bahasa senggang yang penuh dengan pundak politik. secara kasarnya, dia menulis dengan bahasa yang.. tahu tahu sendirilah.

cuma, bahasa aku makin berkarat. tampak dari segi kegagalam aku untuk berbahasa macam dulu. jari jari aku gagap, walhal, kalau dulu masa ujian bahasa melayu, lincah jari serta otak aku bergerak secara paralel. peribahasa semua tak payah cerita, aku memang expert.

cuma lately semenjak aku masuk uni, bahasa aku makin kurang. aku kurang berjalan dengan buku bahasa melayu, sebaliknya, cerita cerita tentang aku tulis puisi yang mulus dengan kata kata yang kesat hanya kenangan orang tua berlagak macam miss world zaman 1940 yang bercerita pada jiran sebelahnya ketika dihospital mental.

seriously, aku rindu zaman yang aku tak perlukan risau apa-apa. masa itu, duit bukanlah segalanya. duit itu macam kundapan, ada kerana necessity not necessary. and now somehow, usia aku yang merangkap ke dekad ke-2, meronta ronta minta diisi dalam poket. nikotin yang meronta merintih rintih minta diisi, caffein yang tak berhenti demand lepas aku gosok gigi, serta apa sahaja caca marba dalam hidup. aku memang perlukan duit. dulu pun, aku boleh bercerita dengan perempuan manis slim yang mempunyai bentuk badan seperti semut, iya semut, yang selepas disuntik dengan estrogen (series aku rasa lame dengan joke aku) boleh duduk kat nasilemakusj tapi mengira sedikit kegusaran pada hari esok. berkepul kepul mulut dengan asap rokok, dengan ari coke, dari petang sampai malam. usai malam, ada lagi aktiviti untuk mengumpat diwaktu senggang, tak pun bercerita macam mana aku mahi jadi aktivis teater paling cool, yang mempunyai teman chef yang paling terer. 
sayang, dua-dua hilang arah. dalam arus, kapitalis yang kejam.

seriously, aku rindu masa zaman belasan tahun dulu, duduk rumah. pergi sekolah. petang lepak, sambil jalan bangga dapat kepit rokok. sebab, zaman jahiliah siapalah sangat berani hisap rokok secara open. selamat mother and father memang seorang yang open. tidak pernah menegah apa lagi berbalah. *sampai sekarang aku menyesal aku sedut asap rokok masa bulan puasa 2002 dulu.

aku memang makin dewasa. prioriti aku pun, bukan pada gajet gajet hangat yang semua hendak guna untuk berhubung dengan rakan secara visual. interaksi yang membuatkan semua orang jadi palsu. yang tak kenal buat buat mesra. yang tembun boleh jadi bini popeye. dan, yang pemalu tak reti bersosial boleh jadi artis paling cool serta status yang cool untuk orang like dan comment, You are awesome and you are a great thinker. orang lain ambil jalan mudah, letak Quranic verse takpun quotation quotation yang punya nilai aesthetic yang aku tahu. kau pun kurang faham.

aku sebenarnya bosan malam ni.

dan, aku rindu zaman aku betul betul berada on the edge of happiness. masa aku dekat nilai. beramai ramai dengan 18 orang yang datang tempat yang aku sendiri tak pernah dengar. *serious, i have severe problem dengan geography. aku rasa sebab dulu aku ada gaduh dengan dan terkurang ajar dengan puan phang yen pheng aku tak cuba berlawak* oh ye kembali, fasa hidup yang paling bernilai and ironically tempatnya yang bernama nilai.

dulu aku ingat tempat dulu cold and death. hanya ada bakal bakal ustaz dan ustazah yang akan buat hidup aku lagi keliru dengan fatwa fatwa yang tak berapa strong ataupun myth myth agama yang buat orang lagi tak gemarkan agama. ataupun, ustaz yang extreme sampai mandi bogel pun kata haram.  and obviously, i was wrong. i was indeed wrong. tempat itu, buat aku rasa.. inclusion. buat pertama kali dalam hidup aku berhenti complaint, buat pertama kali dalam hidup aku betul betul rasa the essence of friend, and buat pertama kali dalam hidup aku rasa... maniac depression sampai aku kena tunggu setahun baru boleh aku stabil balik hidup aku.

dari dulu, aku memang takut berkawan. aku ada rasa, phobia and phobic dengan benda benda baru. maybe because i am conservative, aku tak suka benda benda baru. aku lagi suka, dengan benda yang aku dah biasa buat. aku ingat, aku cuma perlu bertahan dengan tidak perlu memaling muka atau bersuara untuk 10 bulan masa matrix. tak, aku salah.

10 bulan aku berada disana, aku rasa betul betul... happy. i was really on the edge of happiness. aku jumpa orang yang betul boleh aku kenang sampai umur aku 60 tahun, and for the first time in my live, i hurt so bad sampai aku trauma nak buat kawan baru.

i always miss you, you know. and im always afraid to say no, because i know the next day you wont asked me again  i was in extreme guilt maniac depression sampai hampir semua post tahun lepas, bercerita macam aku rasa serba salah, macam mana aku naik sampai waktu exam history aku ada banyak masa sempat aku teringat macam kita first kenal, macam msg-msg yang kau hantar dulu dan sekarang and how things have been so different sampai aku rasa macam rigid history. salah aku. iya salah aku. macam mana hari hari selepas we were no longer friend. bila aku ingat balik, basah air mata aku tau? dan semenjak itu, aku lagi suka dengar any songs yang broken hearted gila.

you know what's difference between losing a lover and bestfriend? perempuan, boleh cari. best friend, sekali sahaja datang. and i know and believed, i will never find someone as good as you. 

back to nilai, betul dalam banyak banyak fasa hidup aku, 10 itu sahaja yang banyak aku reminisce, yang banyak aku ujarkan dengan kawan kawan aku, sampai semua dah get over and aku sorang sahaja yang cling into that phase. selamat aku tak pernah gagal walaupun satu subjek pun masa dekat nilai.   

senang sahaja aku summary hidup. banyak details masa sekolah yang aku tak rasa macam hendak ingat ataupun buang masa sahaja hendak ingat. i wanna move forward and never look back. iya, aku hendak berhenti ingat episodic memories yang buat aku tersengih sengih. sebab, bukan bole pusing masa pun. tuhan sudah tunjuk. habis lenyap gambar-gambar aku masa lampau. *hehe* maybe i need to realise and re-awaken many many times yang hidup ini tidak selalunya awesome.

maybe, i am too pathetic to realize everything. 

nevertheless i am missing everyone that i've been so close.and as always, i miss you my bestfriend. 

No comments: