Wednesday, August 31, 2011

Tragedi Hari Raya.

Sepasang Baju Melayu Kaler Pepel.
Rendrazaleigh.


 *pembaca disahitkan untuk mendengar lagu Black Dog Bone bila tiba hari raya- untul lebih feeling.

Tanggal 30 ogos 2011, merupakan hari yang cukup bermakna buat umat Islam, seantero dunia. Tidak mengira usia, mahupun kelas sosial, mahupun status, umum mengetahui bahawa, hari raya merupakan hari yang cukup menggembirakan.


Namun, tidak kepada rendrazaleigh, pada hari pertama, baju melayunya yang berwarna ungu telah kecut setelah di iron. disebabkan terlalu ghairah untuk menyambut Hari Raya pertama, dia dengan tidak sengaja, memililh suhu yang terlalu panas, dan mengakibat kesan yang severe terhadap poket bajunya sebelah kanan.

Dek kerana, terlalu sedih, rendrazaleigh telah menelefon kawannya untuk penyelesaian. 

dan ya- kedua poket baju melayunya telah dibuang menggunakan blade.sayangnya, setelah blade-ing, setelah usai, rendrazaleigh mengesan beberapa lubang kecil yang sungguh menyakitkan mata untuk dipandang.

akhir cerita, rendrazaleigh terpaksa memasukkan baju melayunya kedalam sampinya. dan kelihatan seperti tungku abdul rahman ketika melaungkan kemerdekaan.

raya sepatutnya begini, penuh dengan kegembiraan

bukan begini, tragic sungguh.

p/s-Gambar sekadar hiasan.

untuk menyedapkan hati, semua kata- tak nampaklah.

tak nampak kan kan kan?

Nasihat sempena raya- lain kali serahkan kepada yang pakar. jangan main redah je nak iron baju.

baca balik dan dengar sepasang kurung biru- khairil Johari Johar lagi sedih u know.

No comments: