rindu berpuisi.
Sunday, May 23, 2010
van der wicjk
pada perkataan yang telah kau ucapkan, ternyata bahawa kasihku, bahawa cintaku telah kau terima. bahawa pengharapanku yang telah putus, telah kau hubungkan kembali. tetapi hayati, ada yang perlu ku terangkan padamu, supaya jangan engkau menyesali kemudian. orang sukai seorang pemuda, kerna sesuatu yang di harapkannya dari pemuda itu, misalnya dia cantik dan gagah. aku sendiri, sebagai yang kau lihat, begitulah keadaanku. rupaku yang jelek tak layak menjadi jodohmu, dan aku miskin. misalnya Allah engkau boleh menjadi suntingku, nenjadi isteri yang mengubat luka hatiku yang telah bertahun - tahun, agaknya akan malu engkau berjalan bersanding dengan daku, kerna amat burk memperdekatkan loyang dengan emas, mempertalikan benang dengan sutera. bagiku, hayati, engkau sangat cantik. kecantikanmu kadang2 yang menyebabkan daku putus asa, mengingat buruk diriku dan buruk untungku....."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment